Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

'MITRACLIP TEER SYSTEM' - RAWATAN KEBOCORAN INJAP MITRAL TANPA PEMBEDAHAN PERTAMA DI HPUSM DAN PANTAI TIMUR

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 6 Oktober 2025 – Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) sekali lagi melakar sejarah apabila berjaya melaksanakan prosedur kali yang pertama bagi merawat kebocoran injap mitral tanpa melakukan pembedahan dengan menggunakan ‘MitraClip Transcatheter Edge-To-Edge Repair (TEER) System’, semalam.

1000186043

1000186045

Prosedur pertama di Pantai Timur ini dijalankan dalam ‘Workshop TEER – MitraClip’ bagi merawat kes ‘Severe Mitral Regurgitation’ (MR) bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran klinikal staf dalam melaksanakan prosedur tersebut secara selamat dan berkesan.

1000186047

1000186049

Selain itu, bengkel anjuran Unit Kardiologi HPUSM ini turut diisi dengan sesi teori, demonstrasi secara langsung (live case) dan latihan simulasi (hands-on) serta prosedur kes yang dijalankan oleh pakar kardiologi intervensi yang berpengalaman termasuk pakar dari Siriraj Hospital, Mahidol University, Thailand.

1000186039

1000186041

Bengkel ini juga bertujuan memberi pendedahan praktikal secara langsung kepada peserta mengenai langkah-langkah persediaan, pelaksanaan dan pemantauan pesakit semasa prosedur ‘Mitral Clip’ di Makmal Kardiologi Invasif selain merupakan platform perkongsian ilmu dan pengalaman klinikal antara pakar intervensi kardiologi tempatan dan antarabangsa.

1000186051

1000186053

1000186055

‘MitraClip TEER System’ merupakan satu inovasi rawatan injap mitral yang menawarkan pendekatan ‘minimally invasive’ tanpa memerlukan pembedahan jantung secara terbuka. Teknologi ini memberikan peluang rawatan yang lebih selamat kepada pesakit berisiko tinggi, mengurangkan komplikasi pasca prosedur, memendekkan tempoh pemulihan serta membantu meningkatkan fungsi jantung dan kualiti hidup pesakit dengan regurgitasi mitral yang teruk (severe mitral regurgitation).

Sumber Laporan: Nurul Syahira Abdul Rahim / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

 

  • Created on .
  • Hits: 263