Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

'MN LOVE AND CARE' MPDMN CERIAKAN ANAK YATIM SAMBUT LEBARAN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 18 April 2023 – Majlis Penghuni Desasiswa Murni Nurani (MPDMN) dengan kerjasama Rakan Masjid, Pusat Islam Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) dan Kelab Sukan dan Kebajikan Staf Kampus USM (KESUKAS) mengambil inisiatif menganjurkan Program ‘MN Love and Care’: Raikan Anak Yatim (RAYa) 2023 pada 14 April lalu.

WhatsApp Image 2023 08 23 at 13.44.17

Seramai 15 orang anak yatim dari Rumah Kebajikan Dhuafa Lil Banat Darul Huffaz menerima sumbangan duit dan kelengkapan raya dalam usaha mengeratkan jalinan silaturahim antara warga Kampus Kesihatan USM bersama golongan asnaf dan komuniti setempat.

WhatsApp Image 2023 08 23 at 13.44.18

WhatsApp Image 2023 08 23 at 13.44.19

WhatsApp Image 2023 08 23 at 13.44.18 1

Selain itu, sumbangan cek berjumlah RM1,000 turut disampaikan kepada pihak pengurusan rumah kebajikan tersebut bagi membantu menampung perbelanjaan harian mereka. Sumbangan telah disampaikan oleh Penggawa Desasiswa Murni Nurani yang juga Timbalan Pendaftar, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Kampus Kesihatan USM, Hafiz Assad Zakaria.

Sumber Laporan & Foto : Kaabati Abd Kamar

  • Created on .
  • Hits: 193