Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

MS ISO 9001:2015: HOSPITAL USM KOMITED TINGKATKAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 Oktober 2023 - Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) oleh pihak 'Standard and Industrial Research Institute of Malaysia' (SIRIM) telah dilaksanakan pada 23 hingga 25 Oktober 2023 lalu.

IMG 20231030 WA0006

IMG 20231030 WA0002

Proses pengauditan dijalankan oleh Ketua Auditor, Sarah Nordin dan juruaudit, Ham Fin Lam melibatkan beberapa jabatan di Hospital USM iaitu Jabatan Perubatan Kecemasan, Jabatan Farmasi, Klinik Rawatan Keluarga Pergigian, Klinik Perubatan Nuklear, Onkologi dan Radioterapi, Klinik Surgeri, Bahagian Perkhidmatan Dobi, Unit Kerja Sosial Perubatan, Pusat Media dan Perhubungan Awam serta beberapa wad.

IMG 20231030 WA0003

IMG 20231030 WA0005

IMG 20231030 WA0004

Sepanjang tempoh pengauditan, auditor telah mengenalpasti dua (2) 'Nonconformity Report' (NCR) untuk penambahbaikan di masa hadapan. Hospital USM sentiasa komited dan bersedia menerima sebarang penemuan yang dikemukakan untuk melakukan penambahbaikan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang diberikan sentiasa berada pada tahap terbaik.

Sumber Laporan & Foto: Wahida Amalin Zaihan

  • Created on .
  • Hits: 388