MYHEART SUMBANG KIT ‘CARE FOR YOU’ DAN KIT ‘HYGIENE’ BANTU PESAKIT KURANG BERKEMAMPUAN
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 21 September 2023 – Sebagai salah satu usaha membantu meringankan beban pesakit yang kurang berkemampuan, Pertubuhan Kesihatan Jantung Malaysia (MyHeart) menyampaikan sumbangan 200 kit ‘Care For You’ dan kit ‘Hygiene’ kepada Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini.
Sumbangan tersebut diserahkan oleh Pengurus Projek MyHeart, Fatin Natasha Zaki kepada Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Aset), Dr. Mohamed Asyraf Mohamed Daud yang mewakili Pengarah Hospital USM.
Kit ‘Care For You’ mengandungi peralatan asas harian seperti berus gigi, sabun mandi, termos air, vitamin, tuala mandi, buku panduan solat dan lain-lain manakala kit ‘Hygiene’ pula mengandungi set lengkap kebersihan diri.
Kit tersebut akan diberikan kepada pesakit yang dikenal pasti melalui Unit Kejururawatan secepat mungkin.
Turut hadir ialah Ketua Penyelia Jururawat, Unit Kejururawatan Hospital USM, Wan Marina Wan Sulaiman dan Ketua Unit Kerja Sosial Perubatan, Hospital USM, Shamsul Amri Sallehuddin.
- Created on .
- Hits: 348