Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

MyPHT 2024 INISIATIF PERKENAL PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN YANG DITAWARKAN OLEH PERPUSTAKAAN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 5 November 2024 – Sebagai usaha menyebarkan informasi kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan kepada warga Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Perpustakaan Hamdan Tahir (PHT) telah menganjurkan program MyPHT 2024 pada 28 hingga 30 Oktober lalu.

IMG 20241105 WA0011

Program yang dihadiri kira-kira 500 pengunjung ini bertujuan membina jaringan kerjasama dan perkongsian idea antara PHT dan warga kampus dalam usaha membina masyarakat berilmu di samping mendekati para pelanggan untuk mencetuskan stigma perpustakaan dihatiku.

IMG 20241105 WA0010

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program berlangsung ialah Eksplorasi Misteri, ‘Brain Busters Challenge’, Dekorasi Timun Cino, Jom Cari Buku, ‘Blind Date With A Book’, ‘Shelf Pro’ dan pameran serta jualan buku. Terdapat juga kiosk perkhidmatan perpustakaan serta agensi luar seperti kiosk ‘Research On The Go’ (ROTG), Korporat dan Khidmat Pelanggan PHT, TH Gerak, Kementerian Dalam Negeri, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan sebagainya.

IMG 20241105 WA0012

Selain itu, pengunjung turut berpeluang memberi maklum balas mengenai perkhidmatan perpustakaan serta mendapatkan tips dan panduan daripada staf PHT mengenai cara mencari maklumat, menggunakan pangkalan data dan memanfaatkan perkhidmatan yang disediakan.

IMG 20241105 WA0013

IMG 20241105 WA0009

Program ini diharap memberi impak positif kepada pengguna perpustakaan dalam membina komuniti yang lebih berilmu selain menjadikan perpustakaan sebagai pusat pembelajaran yang dekat di hati dan sentiasa relevan dalam kehidupan akademik.

Sumber Laporan & Foto: Nurul Azurah Mohd Roni

  • Created on .
  • Hits: 167