'MYPHT' PENDEKATAN PERKENAL PERKHIDMATAN KEPADA WARGA KAMPUS
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 26 Oktober 2023 – Bagi menyebarkan maklumat tentang perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di Perpustakaan Hamdan Tahir (PHT) Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), PHT mengambil pendekatan mengadakan program ‘MyPHT 2023: Explore, Collaborate, Empower!’ selama tiga (3) hari bermula 24 Oktober lalu.
Program MyPHT merupakan penjenamaan semula Minggu Kempen Membaca yang pernah dianjurkan sebelum ini. Program ini bertujuan mendekati pelanggan PHT untuk menarik minat mereka menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di PHT.
Selain itu, program yang diketuai oleh Pustakawan Kanan, Hasliza Ali ini turut bertujuan menjalin kerjasama dan perkongsian idea antara PHT dan warga kampus dalam mewujudkan masyarakat berilmu.
Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program ini berlangsung antaranya kempen membaca, pertandingan ‘sandwich challenge’, pertandingan Jom TikTok: Cinta Buku di samping pelbagai gerai jualan dan pameran.
Sumber Laporan & Foto: Hasliza Ali
- Created on .
- Hits: 204