Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

NAIB CANSELOR SERU WARGA BERSAMA-SAMA BELIAU PACU MENARA ILMU TERCINTA

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 12 Januari 2023 - "Universiti Sains Malaysia (USM) milik semua, USM milik bersama seluruh warganya", demikian antara intipati ungkapan pertama Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed dalam perjumpaan bersama kepimpinan Kampus Kesihatan, hari ini. 
 
IMG 20230112 WA0021
 
IMG 20230112 WA0020
 
IMG 20230112 WA0023
 
Abdul Rahman kini dalam rangka kunjungan kali pertama ke Kampus Kesihatan sejak dilantik sebagai Naib Canselor ke-9 USM berkuat kuasa 3 Januari lalu. Beliau memanfaatkan peluang perjumpaan bersama Pengarah Kampus, Dekan - dekan, Pengarah - pengarah, ketua - ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) serta barisan pengurusan untuk berkongsi iltizam serta fokus beliau dalam usaha memacu USM ke peringkat yang lebih tinggi. 
 
IMG 20230112 WA0014
 
IMG 20230112 WA0022
 
IMG 20230112 WA0019
 
Beliau turut mendengar beberapa pandangan serta cadangan daripada kepimpinan Kampus Kesihatan khususnya perkara-perkara berkaitan penambahbaikan fasiliti dan prasarana, perkhidmatan staf serta kualiti program akademik.
 
IMG 20230112 WA0018
 
IMG 20230112 WA0017
 
IMG 20230112 WA0013
 
IMG 20230112 WA0016
 
Kesempatan kunjungan ke Kampus Kesihatan juga turut digunakan untuk menyantuni staf serta tanggungan yang sedang menerima rawatan di Hospital USM. Turut hadir ialah Pengarah Kampus, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, Pengarah Hospital USM, Profesor Dato’ Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman serta barisan pengurusan Kampus Kesihatan dan Hospital USM.
  • Created on .
  • Hits: 154