Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

NEWGEN REHAB USM TERIMA PENGIKTIRAFAN RAKAN KERJASAMA INDUSTRI DI GLANCE 2025

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 24 Disember 2025 – Kumpulan Inovasi NewGen Rehab dari Unit Perubatan Pemulihan, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) telah dijemput menyertai Majlis ‘Grand Launching New HQ and 300th Centres Celebration (GLANCE) 2025’ sebagai penghargaan dan pengiktirafan atas kerjasama strategik USM–Keedsflix SmartSens.Q.

Kumpulan yang terdiri daripada dua (2) pakar perubatan pemulihan dari Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM serta tujuh (7) jurupulih perubatan cara kerja HPUSM ini diraikan hasil kerjasama strategik antara Unit Perubatan Pemulihan USM dan Keedsflix Sdn Bhd dalam pembangunan projek inovasi SmartSens.Q.

1000210391

Majlis tersebut turut memperkenalkan alat inovasi SmartSens.Q yang berfungsi sebagai intervensi awal bagi menyokong pembelajaran pendidikan Islam secara inklusif, khususnya untuk kanak-kanak ‘Autism Spectrum Disorder’ (ASD) melalui pengoptimuman perkembangan sensori, motor dan kognitif.

1000210389

Selain itu, SmartSens.Q juga dilihat dapat meningkatkan kesedaran terhadap penggunaan alat inovasi dalam pembelajaran mengenali huruf hijaiyah di samping memperkukuhkan kerjasama strategik antara institusi akademik dan industri.

Sumber laporan & Foto: Dr. Fatimah Az-Zahraa' Dinsuhaimi

  • Created on .
  • Hits: 163