Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

NIK HISAMUDDIN TERIMA PENGIKTIRAFAN FRCP EDINBURGH

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 23 November 2025 - Pakar Perubatan Kecemasan, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Dato' Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman telah menerima pengiktirafan antarabangsa apabila dianugerahkan 'Fellowship' daripada The Royal College of Physicians of Edinburgh (FRCP Edinburgh), United Kingdom pada 21 November lalu.

1000201468

1000201465

Penganugerahan Felo Antarabangsa itu diberikan melalui proses pencalonan serta penilaian komprehensif oleh Ahli 'Council College' yang menilai sumbangan beliau dalam aspek kepimpinan, perkhidmatan klinikal dan pencapaian akademik, baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

1000201471

1000201474

Upacara penganugerahan tersebut telah berlangsung di Ibu Pejabat FRCP, bandar Edinburgh, sebuah institusi perubatan tertua di Scotland dan kedua tertua di United Kingdom. Majlis berprestij itu turut menghimpunkan seramai 45 pakar perubatan dari pelbagai kepakaran klinikal seluruh dunia.

1000201459

1000201456

Sijil 'Fellowship' disampaikan oleh Presiden 'College', Profesor Andrew Elder mengikut tradisi penyerahan yang sama telah diamalkan sejak tahun 1861. Setiap Felo baharu kemudiannya menandatangani skrol rasmi penerimaan dengan disaksikan oleh Presiden dan ahli keluarga masing-masing.

1000201462

Majlis turut diakhiri dengan makan malam rasmi bagi meraikan para penerima Felo baharu.

Pengiktirafan ini menzahirkan kecemerlangan Nik Hisamuddin dalam bidang perubatan kecemasan serta kepimpinan akademik, sekali gus mengangkat nama USM ke persada antarabangsa.

Sumber & Foto: Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman

  • Created on .
  • Hits: 733