Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

OMBUDSMAN UMPAMA MATA DAN TELINGA WARGA USM

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 4 Julai 2022 - Tak kenal maka tak cinta. Peluang bersua secara bersemuka bersama Ombudsman Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini dianggap bertuah oleh warga Kampus Kesihatan.

4f87ceca 6abf 43d8 b2d0 3e23b5896553

Ombudsman USM, Profesor Dr. Sofri Yahya, yang dalam rangka urusan rasmi ke Kampus Kesihatan sempat mengadakan taklimat serta sesi dialog bersama kira-kira 200 warga kampus terdiri daripada pelajar serta staf.

Sesi yang turut dihadiri oleh Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin,  Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Latihan Ikhtisas) Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Dr. Irfan Mohamad dan Ketua Penolong Pendaftar, Unit Kajian Dasar dan Penyampaian Perkhidmatan, Jabatan Pendaftar Kampus Induk, Dr. Subramaniam Govindan itu antara lain memberi kesempatan kepada warga kampus untuk lebih mengetahui peranan, fungsi serta tatacara pengurusan isu melibatkan Ombudsman.

@MPRCKK2022

https://linktr.ee/USMKampusKesihatan

  • Created on .
  • Hits: 144