Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PAKAR NEUROSAINS USM ANGKAT ISU NEUROTEKNOLOGI DALAM KMF 2025

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 15 Oktober 2025 – Pakar Neurosains, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr. Jafri Malin Abdullah merupakan antara empat (4) panel yang dipilih untuk berkongsi perjalanan hidup dan kejayaannya dalam Khazanah Megatrends Forum (KMF) yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur, pada 6 dan 7 Oktober lalu.

1000188411

KMF adalah satu forum tahunan yang dianjurkan oleh Khazanah Nasional Berhad untuk membincangkan trend besar (megatrends) global dan isu-isu terkini yang penting kepada Malaysia dari pelbagai sudut. Forum ini mengumpulkan pemimpin dalam bidang perniagaan, akademik dan masyarakat untuk berdialog tentang cabaran dan peluang masa depan.

1000188413

KMF tahun ini menampilkan empat (4) warga Malaysia yang cemerlang untuk berkongsi perjalanan luar biasa mereka dalam bidang fizik, sains marin, neurosains dan fotografi. Kisah-kisah mereka menyerlahkan sumbangan Malaysia yang semakin berkembang kepada ilmu dan inovasi global serta memperlihatkan bagaimana tujuan, semangat dan ketekunan mampu mendorong kemajuan negara.

1000188417

Dalam forum tersebut, Jafri Malin menekankan bahawa Malaysia mempunyai potensi besar dalam bidang neurosains bukan sahaja dari segi penyelidikan asas tetapi juga aplikasi dalam teknologi kesihatan otak dan minda, ekonomi otak serta modal otak.

Selain itu, satu isu kritikal yang diketengahkan berkait kepentingan standardisasi alat neuroteknologi di mana tiada piawaian (standard) untuk alat-alat neuroteknologi di Malaysia setakat ini dan beliau serta pihak berkepentingan telah berbincang dengan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) bagi membangunkan standard minimum untuk negara.

1000188415

Beliau turut menekankan bahawa perkembangan neurosains harus disertakan dalam strategi dasar negara kerana sains otak bukanlah bidang eksklusif akademik semata-mata, tetapi boleh menjadi pemangkin kepada inovasi teknologi, penyelesaian kesihatan mental serta nilai tambah ekonomi.

1000188419

Jafri Malin turut menyuarakan bahawa kolaborasi antara institusi penyelidikan, kerajaan, industri serta pakar ekonomi penting untuk menghasilkan impak yang terbaik dan langkah proaktif diperlukan supaya negara tidak ketinggalan dalam ‘perang otak’ teknologi neuro.

Sumber Laporan & Foto: Profesor Dato’ Dr. Jafri Malin Abdullah

 

  • Created on .
  • Hits: 295