USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 20 Oktober 2022 - Aktiviti derma darah pasukan mobil Unit Perubatan Transfusi (UPT), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor, Kota Bharu, semalam mencuri perhatian apabila turut disertai oleh sepasang kembar seiras perempuan dan kembar empat lelaki yang juga seiras.
Para pelajar SMK Melor terlebih dahulu diberi taklimat tentang kepentingan dan kelebihan menderma terhadap kesihatan diri. Seramai 35 orang pelajar telah menderma darah selepas menjalani saringan kesihatan dan menepati kriteria yang ditetapkan.

Bekalan darah sentiasa diperlukan untuk membantu pesakit yang memerlukan. Sekiranya anda menepati kriteria sebagai penderma, singgahlah ke UPT Hospital USM atau mana-mana tabung darah hospital berhampiran. Satu (1) pek darah boleh menyelamatkan sehingga tiga (3) nyawa.
Sumber Laporan & Foto: Ida Haryati Ibrahim Bey