PASUKAN PERKHIDMATAN KLINIK BERGERAK HOSPITAL USM TERJEMAHAN SOKONGAN PELAN STRATEGIK KHUAM
KUALA NERUS, TERENGGANU, 7 Ogos 2023 - Usaha meningkatkan akses perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada rakyat sentiasa menjadi keutamaan kerajaan.

Justeru, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi Konsortium Hospital Pengajar Universiti Awam Malaysia (KHUAM) semalam melancarkan Pelan Strategik KHUAM yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin dengan disaksikan Pengarah-pengarah serta wakil Hospital Pengajar Universiti (HPU) di bawah naungan KHUAM.

Pelancaran yang berlangsung di Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA) turut disertai oleh pasukan KPT Prihatin Madani Hospital USM yang mempamerkan bas perkhidmatan bergerak pelbagai kepakaran.

Perkhidmatan kesihatan bergerak KPT Prihatin Madani merupakan simbolik betapa Hospital USM benar-benar merealisasikan status USM sebagai universiti APEX apabila telah turun ke pelbagai lokasi bagi memberi manfaat akses perkhidmatan kesihatan serta promosi berkaitan perubatan kepada rakyat secara terus.
Turut hadir ialah Pengarah Hospital USM, Dato' Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman; Pegawai Perubatan Kesihatan Awam Unit Klinikal, Dr. Normala Abdul Wahid; Ketua Perkhidmatan Jaringan Komuniti, Dr. Norhayati Mohamad dan petugas kesihatan Hospital USM.
- Created on .
- Hits: 319