Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PEDULI SEBELUM TULI 2.0: INISIATIF USM TINGKAT KESEDARAN PENJAGAAN PENDENGARAN KOMUNITI TAMAN WANGI

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 22 Februari 2026 - Dalam usaha memberi pendedahan kepada pelajar Audiologi bagi melaksanakan perkhidmatan berasaskan komuniti, Program Audiologi, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM) menganjurkan Program ‘Service Learning Malaysia –University for Society’ (SULAM) bertemakan Peduli Sebelum Tuli 2.0: Santuni Warga Taman Wangi, Gua Musang, pada 12 Februari lalu.

Program yang dijalankan dengan kerjasama Best Hearing Aid Centre (KB) Sdn. Bhd, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jajahan Gua Musang dan Pemulihan Dalam Komuniti Cahayaku Taman Wangi ini disertai lebih 50 peserta yang turut mengikuti program pemeriksaan kesihatan, penglihatan dan saringan vokasional Orang Kurang Upaya (OKU).

Antara aktiviti utama yang dijalankan adalah pemeriksaan pendengaran secara percuma yang merangkumi pemeriksaan salur telinga, penilaian status telinga tengah dan pemeriksaan tahap pendengaran.

Penganjuran program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan pendengaran serta mengukuhkan pembelajaran berasaskan komuniti dalam kalangan pelajar Audiologi.

Program ini telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Dato’ Mohd Syahbuddin Hashim dan turut dihadiri Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pejabat JKM Jajahan Gua Musang, Bun Tham Eh Gin.

Sumber Laporan & Foto: Dr. Mohd Fadzil Nor Rashid

  • Created on .
  • Hits: 195