Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PEDULI SEBELUM TULI: KENAL PASTI PESERTA ALAMI MASALAH PENDENGARAN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 12 Januari 2026 – Program Audiologi, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil inisiatif menganjurkan Program ‘Service Learning Malaysia - University for Society’ (SULAM) Audiologi (Fasa 1) bertemakan ‘Peduli Sebelum Tuli’ sempena Program Komuniti Sihat dan Ceria di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Gua Musang pada 8 Januari lalu.

1000215843

Program tersebut dilaksanakan bagi mengenal pasti masalah pendengaran dalam kalangan warga emas dan golongan dewasa, di samping memberi pendedahan kepada pelajar audiologi dalam melaksanakan perkhidmatan klinikal berasaskan komuniti.

1000215845

Seramai 54 orang peserta terdiri daripada warga emas sekitar Gua Musang dan pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) telah menjalani pemeriksaan pendengaran sepanjang program berlangsung.

1000215847

1000215851

Pengisian utama program ini ialah pemeriksaan pendengaran secara percuma yang merangkumi pemeriksaan salur telinga, penilaian status telinga tengah dan ujian tahap pendengaran. Selain itu, pemeriksaan kesihatan dan penglihatan turut dijalankan dengan kerjasama rakan strategik program.

1000215849

Sumber Laporan & Foto: Dr. Mohd Fadzil Nor Rashid

  • Created on .
  • Hits: 227