Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PEJABAT PENGARAH KAMPUS KONGSI SUMBANGAN KEPERLUAN HARIAN KEPADA PUSAT ISLAM DAN RRM HPUSM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 1 Mac 2026 - Sumbangan keperluan harian daripada Pejabat Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) telah disalurkan kepada Pusat Islam Kampus Kesihatan dan Rumah Ronald McDonald Hospital Pakar USM (HPUSM) dalam satu majlis ringkas yang berlangsung pada petang ini.

1000232119

1000232117

Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato’ Dr. Shaiful Bahari Ismail sebagai manifestasi komitmen berterusan pihak pengurusan dalam menyantuni komuniti serta memperkukuh amalan tanggungjawab sosial.

1000232123

1000232121

Inisiatif ini turut mencerminkan semangat kebersamaan, keprihatinan dan nilai ihsan dalam kalangan warga kampus, selaras dengan usaha memperkasa kesejahteraan masyarakat setempat.

Teks: Dr. Ahmad Nazrul Alif Yahya/ Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 195