Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PEKAS FOKUS PEMERKASAAN MAHASISWA DALAM AGENDA PENGANTARABANGSAAN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 19 September 2023 – Bagi mengeratkan hubungan antara dua badan pelajar di peringkat antarabangsa di samping membina kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar, Majlis Penghuni Desasiswa Murni Nurani (MPDMN) telah menganjurkan Program Eksplorasi Kekerabatan Antara Serantau (PEKAS) di Universiti Muhammadiyah Yogyakarta (UMY), Indonesia pada 5 hingga 9 September lalu.

IMG 20230919 WA0088
 
Program yang disertai 16 orang pelajar dan Pegawai Pengiring dari Desasiswa Murni Nurani, Mirawaty Mat Ghani disambut baik oleh Badan Eksekutif Mahasiswa (BEM), UMY antara lain bertujuan membuka minda pelajar ke arah globalisasi serta mengangkat hasrat pemerkasaan mahasiswa dalam agenda pengantarabangsaan.
 
IMG 20230919 WA0090
 
Program ini juga memberi peluang kepada para pelajar kedua-dua universiti untuk berkongsi pandangan dan idea berhubung gerak kerja dan pelaksanaan program selain memperkenalkan struktur organisasi dan fungsi majlis di peringkat universiti masing-masing. 
 
IMG 20230919 WA0089
 
IMG 20230919 WA0091
 
Selain itu, program ini turut membuka ruang yang lebih luas kepada para pelajar UMY dan USM untuk bekerjasama pada masa akan datang.
 
Sumber Laporan & Foto : Sarah Batrisyah Rosman
  • Created on .
  • Hits: 322