Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PELAJAR BAHARU BERJALAN KAKI JELAJAH KAMPUS SEBAGAI SOKONGAN KEMPEN USM FIT

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 14 Oktober 2022 – Lebih 500 siswa dan siswi baharu yang mendaftar bagi Sidang Akademik 2022/2023 menyertai aktiviti riadah menjelajah kampus sambil diperkenalkan lokasi pusat-pusat pengajian serta kemudahan yang ada di Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini. 

SAVE 20221014 180527
 
Bertemakan 'USM FIT: Siswa Lestari Sejahtera', mereka berjalan kaki ke setiap lokasi bersama-sama Pengurusan Kampus Kesihatan. 
 
SAVE 20221014 180513
 
Program sebegini merupakan satu inisiatif mendidik siswa dan siswi menyertai aktiviti USM FIT yang membudayakan cara hidup sihat dalam kalangan warganya. 
 
SAVE 20221014 180520 
 
Kesihatan adalah anugerah yang sangat berharga kerana salah satu aspek paling mencabar dalam diri pelajar adalah mencapai keseimbangan antara pembelajaran dan kehidupan yang sihat. 
 
SAVE 20221014 180455
 
Dengan cara ini, pelajar digalak untuk aktif bersukan dan menerapkan gaya hidup sihat supaya kekal cerdas dan cergas seterusnya cemerlang dalam bidang akademik. 
 
SAVE 20221014 180534
 
Aktiviti gaya hidup lestari atau 'campus tour' dimeriahkan dengan senamrobik, sebelum jelajah kampus bermula di Kompleks Sukan 2 dan seterusnya para pelajar dibawa ke Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Unit Kemudahan Akademik & Sokongan Teknikal (UKAST), Perpustakaan Hamdan Tahir, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA), Pusat Islam dan Kompleks Sukan 1. 
 
Turut hadir dalam program ini ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Timbalan Bendahari, Zamasari @Zamahshari Abd. Ghani; Timbalan Pengarah Keselamatan, Eady Othman; Timbalan Pengarah Pusat Islam, Amira Abd Sattar @ Ismail; Timbalan Ketua Pustakawan, Noraida Hassan; Timbalan Pendaftar (BHEPA), Hafiz Assad Zakaria dan Timbalan Pendaftar Pusat Media dan Perhubungan Awam, Amyrulhan Azhari.
 
Teks: R. Alia Fazni R. Azmi & Wan Salizawati Wan Ismail / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman
  • Created on .
  • Hits: 190