PELAJAR PERUBATAN USM RAIH NAIB JOHAN DI PERSIDANGAN SULAM PERINGKAT ANTARABANGSA
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 November 2025 – Kumpulan 4 tahun 2023/2024 pelajar Program Doktor Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya meraih Naib Johan dalam kategori ‘Finalist Pitching’ di ‘3rd International Conference on Service Learning Malaysia (SULAM) 2025 – Shaping Futures with Service-Learning’ yang berlangsung pada 25 hingga 26 November lalu di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).


Kemenangan tersebut dirangkul melalui projek bertajuk ‘Darah Comey, Hidup Molek: Enhancing Knowledge, Attitude, and Practice on Hypertension through Community Intervention among Hypertensive Adults’ yang memfokuskan intervensi komuniti bagi meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan berkaitan hipertensi melalui pendidikan kesihatan, aktiviti fizikal dan pemakanan sihat dalam kalangan penduduk Mukim Dalam Rhu, Kelantan.

Selain itu, Kumpulan 4 tahun 2024/2025 turut mewakili USM dalam pertandingan pameran poster melalui projek ‘Sustaining Hypertension Awareness Through SULAM’ yang mengetengahkan model pemberdayaan komuniti luar bandar melalui kepimpinan setempat, komunikasi kesihatan berterusan dan bahan pendidikan yang mudah diakses.


Penyertaan pelajar perubatan USM dalam persidangan yang dihadiri tokoh akademik dan pentadbir negara ini bukan sahaja meningkatkan keterampilan profesional mereka, malah mengukuhkan komitmen USM dalam memperkasa agenda SULAM serta pembangunan komuniti di peringkat nasional.
Sumber Laporan & Foto: Dr. Muhammad Zikri Ab Aziz
- Created on .
- Hits: 135