Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PENDEKATAN INTERAKTIF: USM TARIK MINAT PELAJAR TERHADAP BIDANG STEM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 31 Julai 2025 – Bagi memupuk minat pelajar sekolah rendah terhadap sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) melalui pendekatan interaktif dan menyeronokkan, Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Program Hari Eksplorasi STEM: Seronoknya Sains! di Sekolah Kebangsaan Bunohan, Tumpat, pada 28 Julai lalu.

1000161997

Program ini antara lain bertujuan memperkenalkan konsep asas sains melalui pendekatan yang lebih mudah difahami dan menjadikan sesi pembelajaran STEM lebih menyeronokkan untuk menarik minat pelajar ke arah bidang STEM. Selain itu, program ini juga memberi kesedaran kepada pelajar bahawa kepakaran STEM amat penting untuk memacu kemajuan negara.

1000161999

Program yang disertai 87 murid darjah 5 ini dimulakan dengan sesi motivasi bertajuk Langkah Kecil, Impian Besar yang disampaikan oleh Pengasas Hannan Medispa, Dr. Mohd Hannan Mohd Yusof. Seterusnya, Dr. Siti Aishah Zainal pula mengendalikan sesi Bicara STEM bertajuk Sains Asas Alam dan Hidup yang mengaitkan konsep sains dengan kehidupan seharian pelajar diikuti dua (2) aktiviti interaktif iaitu Membina Pelantun Mini dan ‘Balloon on balloon!’.

1000162001

1000162003

Penganjuran program ini memberi impak yang positif kepada semua pihak. Ia juga meningkatkan keterlibatan universiti dengan komuniti serta mengukuhkan reputasi sebagai institusi yang prihatin terhadap pembangunan pendidikan STEM di peringkat akar umbi.

1000162005

1000162007

Turut hadir dalam program ini ialah Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi dan Libatsama Industri-Komuniti, PPSG USM, Dr. Norhayati Yusop dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bunohan, Wan Mohd Tarmimin Wan Bakar.

Sumber Laporan & Foto: Dr. Siti Aishah Zainal

  • Created on .
  • Hits: 358