Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin hadir merai sekaligus menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Latihan Khemah Tahunan Pegawai dan Anggota Sukarela Siri 1/ 2022, Pasukan 12 Kompeni Medan Perubatan Askar Wataniah, Kampus Kesihatan USM di Pelagat, Jertih, Terengganu, hari ini.


Beliau diberi penghormatan melakukan pemeriksaan perbarisan serta menyampaikan amanat kepada para anggota yang terlibat.


Shaharum antara lain memuji semangat anggota yang menyertai pasukan secara sukarela dan berharap agar lebih ramai warga kampus akan menyertai pasukan ini pada masa akan datang.

Beliau turut meluangkan masa meninjau aktiviti-aktiviti sempena perkhemahan termasuk demonstrasi memasak di lapangan sebelum menamatkan kunjungan singkat ke kem perkhemahan.