Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PENGARAH KAMPUS TINJAU PERKEMBANGAN RANGKAIAN TAPAK PROJEK TRANSFORMASI OKU PPSK

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 17 Januari 2023 - Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin meluangkan masa melawat rangkaian tapak projek transformasi orang kelainan upaya (OKU), di bawah kelolaan Pusat Transformasi OKU, USM-MAIK bagi melihat perkembangan terkini setelah lebih 10 tahun bertapak di Kampus Kesihatan USM, semalam.

8880a277 4292 4aea 9b7d 54a000e67405

97c53aba 383e 4c8a 9db5 b655b9ceef51

Lawatan tersebut turut diiringi oleh Dekan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak, Penyelaras Pusat Transformasi OKU, USM - MAIK, Dr. Mohd Zulkifli Abdul Rahim serta Ketua Bahagian OKU dan Warga Emas, Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) Kelantan, Dr. Rusmailani Aziz yang sentiasa menyokong usaha Pusat Transformasi OKU, USM-MAIK dalam program pemerkasaan OKU.

7408d94d 5af8 41d0 928c 23bd9ad27344

c4858e1d fcff 4dad 8ca5 82b166a6d7a9

Pengarah Kampus telah diberi penerangan secara jelas mengenai rangkaian projek transformasi OKU dan di bawa melawat ke Pusat Transformasi OKU USM-MAIK, Bengkel Modifikasi Kerusi Roda, Taska Auliya OKU, tapak projek pertanian bersepadu di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan tapak projek pertanian bersepadu di Pusat Latihan Pertanian OKU, Masalah Pembelajaran USM-JKM, di Rumah Seri Kenangan, Pengkalan Chepa.

87335adc 5fa7 4105 849f 2cf8701b7c24

300e90ca 5186 435f abf3 87a5e10b9034

Projek-projek pemerkasaan OKU yang dianjurkan oleh Pusat Transformasi OKU, USM-MAIK, akan menjadikan USM sebagai pemimpin dalam program pemerkasaan OKU sejajar dengan dasar ‘Accelerated Programme For Excellence’ (APEX) yang diperoleh USM.

  • Created on .
  • Hits: 186