Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PENGESANAN AWAL PENYAKIT MATA BANTU KURANGKAN KADAR KEBUTAAN

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 11 September 2023 - Pengesanan awal penyakit mata yang berpotensi menyebabkan kebutaan dapat mengawal dan menurunkan kadar kebutaan. Namun, pengesanan awal tidak berkesan sekiranya tiada pengetahuan berkenaan penyakit mata bagi mengenal pasti kes yang berisiko menyebabkan kebutaan.

IMG 20230911 WA0012
 
Menyedari perkara itu, Jabatan Oftalmologi dan Sains Visual, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan 'College of Ophthalmologists, Academy of Medicine Malaysia' telah menganjurkan ‘Primary Care Workshop For Common Eye Diseases’ pada 7 September lalu.
 
Bengkel yang disertai lebih 100 peserta itu bertujuan menambah ilmu pengetahuan mengenai penyakit mata serta masalah berkaitan dan mengenal pasti kes berisiko yang menyebabkan kebutaan agar rujukan awal dapat dilakukan.
 
Bengkel ini diharap memberi pengetahuan menyeluruh mengenai penyakit mata kepada pegawai perubatan dan paramedik untuk membuat pengesanan awal penyakit mata yang berpotensi menyebabkan kebutaan dalam kalangan pesakit di negeri Kelantan sekaligus membantu mengurangkan kadar kebutaan di Malaysia.
 
Sumber Laporan & Foto: Profesor Datin Dr. Zunaina Embong
  • Created on .
  • Hits: 156