Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PENGUKUHAN ILMU PASUKAN 'TOP' PERSEDIAAN PERLUAS KEMPEN PENDERMAAN ORGAN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 7 Disember 2023 – Sebagai usaha memantapkan gerak kerja program perolehan organ di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), pasukan ‘Tissue and Organ Procurement’ (TOP) telah menganjurkan Kursus Pengukuhan Pendermaan Organ buat julung kalinya pada 3 Disember lalu.

2793c185 df16 40ff 9638 1358a5474fc3

Kursus yang disertai kira-kira 25 peserta itu dianjurkan dengan kerjasama Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital Sultanah Nur Zahirah bertujuan memberi semangat dan meningkatkan pengetahuan serta pengukuhan kompetensi kepada pasukan TOP di samping mengetahui tugas dan peranan masing-masing.

3d1f2a28 b14e 480e b742 5cbdc723188f

Pendermaan organ merupakan satu bentuk derma yang boleh menjadi penyelamat dan memberi sinar kehidupan kepada pesakit yang memerlukan. Oleh itu, peranan semua pihak amat diperlukan dalam usaha memupuk kesedaran dan kefahaman masyarakat tentang kepentingan pendermaan organ sama ada ketika masih hidup atau selepas kematian.

24840432 42ab 42b7 ab6a 55f82dfa0b0a

b515e22f c14a 462d 9b6a 2dd66d629cc6

Hadir merasmikan kursus ini ialah Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman.

Sumber Laporan & Foto: Wan Rosaida Awang @ Wan Yusoff

  • Created on .
  • Hits: 221