Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PENGUKUHAN KESEJAHTERAAN KOMUNITI B40 MELALUI PEMERKASAAN KESIHATAN ORAL DAN PENDEDAHAN KERJAYA

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 21 Ogos 2025 – Lebih 100 penduduk sekitar Kampung Baroh Pial, Pasir Mas menerima manfaat daripada Program Pengukuhan Kesejahteraan Kesihatan Melalui Pemerkasaan Kesihatan Oral, Penghasilan Gigi Palsu ‘Suction Effective Mandibular Complete Denture’ (SEMCD) dan Pendedahan Halatuju Kerjaya yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Baroh Pial pada 9 Ogos lalu.

IMG-20250821-WA0011

Program anjuran Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Pertubuhan Anak Yatim Miskin Kelantan (PAYATIM) Kelantan yang mendapat suntikan dana UniMADANI, Kementerian Kewangan Malaysia memberi fokus kepada kesedaran penjagaan kesihatan oral serta pemeriksaan dan rawatan gigi secara percuma.

IMG-20250821-WA0012

Program ini juga bertujuan meningkatkan tahap kesedaran dan kesihatan oral dalam kalangan komuniti B40, selain memulihkan fungsi mulut serta keyakinan diri dengan gigi palsu teknik SEMCD.

IMG-20250821-WA0013

Antara aktiviti utama yang dijalankan sepanjang program ini ialah pemeriksaan kesihatan percuma, pameran kesihatan oral, ceramah kerjaya serta rawatan dan penghasilan gigi palsu menggunakan teknik terkini SEMCD.

Inisiatif ini juga membantu meringankan beban kewangan keluarga dengan menyediakan perkhidmatan berkualiti pada kos rendah atau percuma, di samping memperkenalkan peluang pendidikan serta kerjaya dalam bidang kesihatan kepada golongan remaja.

IMG-20250821-WA0014

Usaha ini memberi kesan positif dari segi sosial dan ekonomi, bukan sahaja meningkatkan kualiti hidup komuniti, malah mengurangkan kos rawatan jangka panjang serta membuka peluang kerjaya yang mampu menambah pendapatan keluarga.

Program ini juga turut menyokong dasar kesihatan awam, memperkukuh pembangunan modal insan melalui pendedahan kerjaya pelajar serta mengangkat imej positif kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan komuniti B40.

IMG-20250821-WA0015

Sumber Laporan & Foto: Dr. Nor Aidaniza Abdul Muttlib

  • Created on .
  • Hits: 88