Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PENGUNJUNG HARI TERBUKA KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN DISANTUNI PETUGAS KESIHATAN HOSPITAL USM

KOTA BHARU, KELANTAN, 9 Februari 2023 - Selari dengan agenda ‘Merakyatkan Perkhidmatan Hospital’ pasukan petugas kesihatan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) turun ke lapangan menyantuni orang awam sempena Hari Terbuka Kolej Matrikulasi Kelantan (KMK), hari ini. 

IMG 20230209 WA0018

IMG 20230209 WA0014

 
Kali ini, Hospital USM mewakili agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tampil bersama beberapa agensi termasuk wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menyertai pameran sempena hari terbuka tersebut.
 
Hari Terbuka KMK merupakan program khas kepada calon-calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memperkenalkan pengajian matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuklah struktur pengajian, fasiliti dan kemudahan serta pembiayaan yang ditawarkan kepada para pelajar. 
 
IMG 20230209 WA0015
 
IMG 20230209 WA0017
 
Selain memperoleh maklumat berkenaan peluang pengajian, pengunjung yang terdiri dari pelajar-pelajar sekolah negeri Kelantan dan Terengganu, ahli keluarga serta masyarakat sekitar juga berpeluang melakukan saringan kesihatan am di ruang pameran Hospital USM.
 
IMG 20230209 WA0016
 
Antara perkhidmatan yang diberikan secara percuma kepada pengunjung ialah pemeriksaan tekanan darah, ujian gula, saringan kesihatan mental serta kaunseling kesihatan di samping pameran kesihatan serta gaya hidup sihat.
  • Created on .
  • Hits: 202