Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PENGURUSAN HOSPITAL USM BENTANG PANDANGAN PENGGUNAAN HCG 5000UI DALAM BENGKEL PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN FATWA MAIK 2023

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 5 Disember 2023 – Pengurusan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) menerima jemputan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk membentangkan pandangan berhubung hukum penggunaan injeksi ‘Human Chorionic Gonadotrophin’ (hCG) 5000IU (Pregnyl) dalam Bengkel Penyediaan Kertas Cadangan Fatwa MAIK Tahun 2023, hari ini.

IMG 20231205 WA0043

Dalam pembentangan yang berlangsung di Hotel The Grand Renai, Kota Bharu itu, pengurusan Hospital USM diwakili Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman, Timbalan Pengarah (Operasi), Profesor Dr. Mohd Imran Yusof serta dua (2) Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr. Ahmad Amir Haji Ismail dan Dr. Rahimah Abdul Rahim.

Bengkel tersebut dipengerusikan oleh Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Haji Mohamad Shukri Mohamad serta dihadiri beberapa pegawai pejabat mufti.

  • Created on .
  • Hits: 235