Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PERANTISISWA INISIATIF KERAJAAN BANTU PELAJAR IPT

KOTA BHARU, KELANTAN, 28 Oktober 2022 -  Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan satu inisiatif Kerajaan menerusi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi memastikan mahasiswa dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran seiring dengan perkembangan teknologi tanpa tercicir khususnya golongan B40. 

SAVE 20221028 163900

SAVE 20221028 163913

Lima (5) orang pelajar mewakili 653 penerima dari Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai simbolik sempena Program KPT Prihatin dan Majlis Penyerahan PerantiSiswa Keluarga Malaysia peringkat negeri Kelantan yang berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota, hari ini. 
 
SAVE 20221028 163831
 
SAVE 20221028 163838
 
SAVE 20221028 163846
 
SAVE 20221028 163853
 
SAVE 20221028 163943
 
SAVE 20221028 163957
 
Arni Jasica Yusof, Hazriq Syamil Ismail, Tan Wen Chong, Olivanesa Clarita Lunus@Linus dan Nur Ashiken Lidon menerima peranti masing-masing dalam majlis yang disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad. 
 
 SAVE 20221028 163822
 
 SAVE 20221028 163950
 
SAVE 20221028 163803 
 
Turut hadir ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa; Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Senator Tan Sri Haji Mohamad Fatmi Che Salleh; Naib Canselor UMK, Profesor Dr. Razli Che Razak; Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Dr. Apli Yusoff dan Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin.
  • Created on .
  • Hits: 169