PERKONGSIAN KEPAKARAN BIDANG OFTALMOLOGI PERKUKUH KERJASAMA ANTARA HOSPITAL PENGAJAR UNIVERSITI
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 28 Ogos 2023 - Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima kunjungan daripada delegasi Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk berkongsi maklumat berkaitan perawatan dalam bidang Oftalmologi khususnya rawatan laser refraktif.


Ketibaan delegasi yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Sokongan Teknikal Klinikal UiTM, Dr. Izzat Ismail disambut oleh Pengarah Hospital USM, Dato' Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman bersama pakar-pakar Jabatan Oftalmologi dan Sains Visual.


Lawatan ini antara lain bertujuan mengadakan perkongsian berhubung perancangan untuk meningkatkan taraf perkhidmatan oftalmologi di UiTM.

Delegasi tersebut juga dibawa ke Perkhidmatan Laser Refraktif dan Perkhidmatan Optometri Hospital USM bagi memperkenalkan secara dekat mengenai fasiliti dan perkhidmatan yang ditawarkan di Hospital USM.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Klinikal), Hospital USM, Profesor Dr. Zaidi Zakaria; Ketua Jabatan, Jabatan Oftalmologi dan Sains Visual, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM, Profesor Dr. Shatriah Ismail, Pakar Perunding merangkap Pensyarah Kanan, Jabatan Oftalmologi dan Sains Visual, Profesor Dr. Mohtar Ibrahim serta Pensyarah Kanan, Jabatan Oftalmologi dan Sains Visual, Profesor Madya Dr. Azhany Yaakub.
- Created on .
- Hits: 291