Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PERKUKUH AGENDA KELESTARIAN: USM LATIH PELAJAR PEDALAMAN ILMU KESELAMATAN KEBAKARAN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 19 Jun 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Unit Sains Rekonstruktif, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) dan Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Pakar USM (HPUSM) terus memperkukuh tanggungjawab sosial institusi dengan pelaksanaan program pemindahan ilmu berkaitan pencegahan kebakaran dan rawatan awal luka melecur kepada komuniti sekolah di pedalaman Kelantan.

1000148539

Program yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Sri Permai (K9), Pos Pasik, Gua Musang pada 16 Jun lalu itu merupakan lawatan susulan kepada Program Latihan Jurulatih (Training of Trainers – ToT) yang sebelum ini melibatkan 48 orang guru daripada 30 buah sekolah di seluruh Kelantan.

1000148541

Program dengan kerjasama Jabatan Perubatan Masyarakat PPSP USM, Jabatan Kecemasan HPUSM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan antara lain bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pencegahan kebakaran dan memperkukuh kemahiran pertolongan cemas bagi membolehkan peserta menyebarkan ilmu kepada pelajar dan tenaga pengajar di sekolah.

1000148549

Program ini juga memberi tumpuan kepada latihan praktikal meliputi aspek pencegahan kebakaran dan pemadaman api awal, rawatan kecemasan luka melecur dan terbakar serta pendidikan keselamatan kebakaran kepada pelajar luar bandar.

1000148543

Seramai 90 orang pelajar termasuk murid tahap dua (2), pelajar menengah rendah dan pelajar dewasa Kelas KEDAP (Kelas Dewasa Asli dan Pribumi) menyertai sesi pendidikan dan demonstrasi yang dijalankan secara interaktif melalui program ini.

1000148547

1000148545

Program ini juga memberi ruang kepada USM untuk menilai keberkesanan modul ToT selain berpeluang mendekati komuniti Orang Asli secara langsung. USM komited untuk terus memainkan peranan dalam menyokong Agenda Kelestarian SDG 3 (Kesihatan & Kesejahteraan) melalui program-program jangkauan komuniti dan pemindahan ilmu berimpak tinggi seperti ini.

1000148551

Sumber Laporan dan Foto: Dr. Nur Azida Mohd Nasir

  • Created on .
  • Hits: 52