Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PERSIKOL DAN JABATAN PSIKIATRI DEKATI KOMUNITI BERI KESEDARAN DAN PENDIDIKAN KESIHATAN MENTAL

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 4 Januari 2023 – Bagi memberi kesedaran dan pendidikan mengenai kesihatan mental serta kepentingannya dalam kehidupan seharian, Persatuan Perubatan Psikologi Kelantan (PERSIKOL) dan Jabatan Psikiatri, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan program bersama komuniti 'Penyakit Mental atau Gangguan Jin?: Tanda-tanda dan Rawatan' yang berlangsung di Masjid As-Siddiqin, Panchor, pada 31 Disember lalu.

08955d48 7744 43ea 9719 3d81d0098409

53b544ff 5712 4d4f 88c0 091a082f2681

Program yang turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Persatuan Autisme Kelantan itu antara lain bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada penduduk setempat tentang rawatan islam syariah yang sebenar mengikut perundangan serta Akta 755 (Perawatan Komplimentari).

Antara pengisian program tersebut ialah menyediakan saringan awal kesihatan mental kepada semua lapisan masyarakat, pemeriksaan kesihatan asas, ceramah daripada pakar-pakar dan Rawatan Ruqyah Syariyyah.

4caa6889 c0c4 4d0b ba5d 4718da5b6371

22ea15e0 cdad 40a0 8b48 1c3e766c3590

Masyarakat juga didedahkan dengan rawatan Islam syariah yang sebenar agar lebih cakna dengan kesihatan mental dan mendapat rawatan awal jika terdapat tanda amaran.

Sumber Laporan & Foto: Dr A'isyah Che Rahimi

  • Created on .
  • Hits: 245