Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PERTUBUHAN CAKNA OKU KELANTAN SALUR RM30,000, SEMARAK SEMANGAT KEBAJIKAN PESAKIT HPUSM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 4 November 2025 – Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) menerima suntikan semangat kebajikan apabila Pertubuhan Cakna Orang Kurang Upaya (OKU) Kelantan Berhad menyalurkan sumbangan berjumlah RM30,000 bagi menyokong Tabung Kebajikan Pesakit HPUSM dalam satu majlis ringkas pada 2 November lalu.

1000195763

1000195755

Sumbangan tersebut bertujuan meringankan beban pesakit kurang berkemampuan dalam mendapatkan rawatan dan memenuhi keperluan kesihatan mereka di hospital.

1000195757

Penyerahan sumbangan itu telah disempurnakan oleh Presiden Pertubuhan Cakna OKU Kelantan Berhad, Dato' Dr. Haji Mohamed Saat Ismail kepada Pengarah HPUSM, Profesor Dato’ Dr. Ab Rahman Izaini Ghani @ Ab Ghani.

1000195759

Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan dan komitmen Pertubuhan Cakna OKU Kelantan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap kesejahteraan komuniti, khususnya pesakit yang kurang berkemampuan.

1000195761

HPUSM menzahirkan penghargaan atas sumbangan tersebut yang berharap agar inisiatif ini dapat memperkukuh usaha hospital dalam memperluas bantuan kebajikan dan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pesakit.

Sumbangan ini bukan sekadar tanda prihatin, malah mencerminkan semangat kesukarelawan dan tanggungjawab sosial masyarakat terhadap mereka yang memerlukan, sekali gus menyalakan sinar harapan baharu buat pesakit-pesakit yang sedang berjuang mendapatkan rawatan di HPUSM.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah (Korporat dan Kelestarian) HPUSM, Profesor Dr. Shatriah Ismail dan Ketua Unit Kerja Sosial Perubatan HPUSM, Shamsul Amri Sallehudin.

Sumber Laporan & Foto: Normaisarah Mohammad Zahari

  • Created on .
  • Hits: 161