Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PESAKIT KANAK-KANAK HPUSM TERIMA SUMBANGAN KASUT NIKE SEMPENA HARI KANAK-KANAK SEDUNIA

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 November 2025 — Pesakit kanak-kanak Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) hari ini menerima sumbangan kasut jenama Nike daripada Yayasan Muhibbah dalam Program Agihan Sumbangan Kasut sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia.

1000203499

1000203497

Program ini dianjurkan bersama oleh Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (UKeKWa) dan Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Kelantan (MESRA).

1000203507

1000203503

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah yayasan terbabit, Dr. Lo Nyok Mooi. Turut hadir menyantuni pesakit kanak-kanak ialah Pengarah HPUSM, Profesor Dato’ Dr. Ab Rahman Izaini Ghani @ Ab Ghani.

1000203505

1000203495

Agihan kasut tersebut melibatkan pesakit di tiga (3) wad iaitu Wad 2 Selatan, 6 Selatan dan 6 Utara meliputi penerima dalam kalangan pesakit kanak-kanak pelbagai kategori rawatan termasuk pesakit kanser.

1000203501

1000203509

Sesi penyerahan kasut tersebut turut diserikan dengan kehadiran Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri Kelantan, Dato' Rohani Ibrahim yang mewakili Kerajaan Negeri Kelantan dan menyatakan sokongan padu terhadap inisiatif kebajikan ini.

1000203511

Turut hadir ialah Ketua Jabatan, Jabatan Kejururawatan HPUSM, Norhayati Mohamad dan penyelia - penyelia jururawat wad pediatrik.

Teks: Rosalwani Che Soh/ Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 119