PESARA KAMPUS KESIHATAN USM SEMARAKKAN KECINTAAN TERHADAP AL-QURAN
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 12 November 2025 – Sebagai usaha untuk terus menyuburkan minat membaca al-Quran dan menyucikan hati, melembutkan lidah dengan zikrullah serta mengumpul ganjaran yang tinggi nilainya di sisi Allah SWT, Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan, Kelab Jasa Budi (KJB), Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Majlis Khatam al-Quran, semalam.

Majlis yang berlangsung di Masjid Mukim Kampus Kesihatan USM dan melibatkan penyertaan para pesara Kampus Kesihatan USM ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dato’ Dr. Shaiful Bahari Ismail.

Majlis ini antara lain bertujuan menyemarakkan budaya membaca dan menghayati al-Quran dalam kalangan warga Kampus Kesihatan dan pesara sebagai bekalan rohani kerana al-Quran merupakan asas akidah dan tunjang keimanan bagi setiap insan yang beriman.

Majlis seumpama ini diharap dapat memperkukuh hubungan dengan al-Quran serta melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah yang cemerlang di dunia dan di akhirat.


Turut hadir ialah Tokoh Rumah Ngaji Malaysia 2025, Dr. Sharifah Mastura Syed Mohamad dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis Khatam al-Quran, Hajah Nor Himah Haji Mahmood.
Sumber Laporan & Foto: Urus Setia KJB Kampus Kesihatan USM
- Created on .
- Hits: 257