Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PNB SALUR DANA ZAKAT RM200,000 BANTU PESAKIT ASNAF HPUSM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 7 Julai 2025 – Dalam usaha memastikan golongan kurang berkemampuan khususnya pesakit asnaf menerima rawatan yang sewajarnya di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Permodalan Nasional Berhad (PNB) menyalurkan sumbangan dana zakat tanggungjawab sosial korporat (CSR) bernilai RM200,000.

1000154506

1000154508

Dalam Majlis Simbolik Penyerahan Replika Cek pada 3 Julai lalu, Ketua Bahagian Pengurusan Shariah PNB, Dr. Ahmad Basri Ibrahim telah menyerahkan sumbangan tesebut kepada Pengarah HPUSM, Profesor Dato’ Dr. Ab Rahman Izaini Ghani @ Ab Ghani di Bilik Mesyuarat Aras 3, Blok Pentadbiran HPUSM.

1000154510

Sumbangan ini bakal digunakan sepenuhnya bagi keperluan rawatan, ubat-ubatan dan kebajikan pesakit-pesakit yang benar-benar memerlukan selaras dengan misi HPUSM untuk memberikan rawatan berkualiti tanpa mengira latar belakang.

1000154512

HPUSM amat menghargai komitmen PNB dalam menyantuni komuniti melalui pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat berteraskan nilai Islam dan keprihatinan insan. Semoga usaha murni ini terus diberkati dan menjadi inspirasi kepada lebih banyak organisasi untuk bersama-sama berganding bahu membantu mereka yang memerlukan.

1000154514

1000154516

Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Pengarah (Korporat dan Kelestarian) HPUSM, Profesor Dr. Shatriah Ismail, delegasi PNB serta wakil-wakil dari Unit Kerja Sosial Perubatan dan Unit Pembangunan Korporat HPUSM.

Sumber Laporan dan Foto: Normaisarah Mohammad Zahari

  • Created on .
  • Hits: 87