Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

POWER RANGERS JUARA KARNIVAL SUKAN PUSAT PENGAJIAN SAINS PERUBATAN 2022

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 Ogos 2022 – Pasukan Power Rangers dinobatkan sebagai juara keseluruhan Karnival Sukan Pusat Pengajian Sains Perubatan sekaligus menggondol piala pusingan karnival tersebut yang melabuhkan tirainya, hari ini. 

SAVE 20220831 233404

Power Rangers unggul di hadapan dengan kutipan mata sebanyak 125 mengalahkan pasukan Transformers di tempat kedua dengan kutipan mata 120, diikuti pasukan Super Hero di tangga ketiga juga dengan kutipan mata 120, serta pasukan Avengers di tempat keempat dengan kutipan mata 90. 
 
SAVE 20220831 233306
 
Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman telah menyempurnakan Majlis Penutupan Karnival tersebut yang turut dihadiri oleh Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin. 
 
SAVE 20220831 233318
 
SAVE 20220831 233328
 
Karnival yang berlangsung selama 15 hari ini mempertandingkan enam (6) acara sukan iaitu bola sepak, bola jaring, bola tampar, ping pong, boling ten pin dan badminton disertai hampir 300 warga kerja pelbagai lapisan jawatan. 
 
SAVE 20220831 233353
 
Karnival ini dilihat berjaya meningkatkan kerjasama dalam kalangan warga kerja selain memupuk semangat bersukan agar sentiasa mengamalkan gaya hidup aktif dan cergas dalam kehidupan dan kerjaya.
  • Created on .
  • Hits: 143