PPSG USM TERIMA KUNJUNGAN HANGZHOU MINGSHENG LIDE MEDICAL SCIENCE TECHNOLOGY CO., LTD.
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 12 April 2026 – Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Universiti Sains Malaysia (USM) menerima kunjungan Hangzhou Mingsheng Lide Medical Science Technology Co., Ltd. bagi meneroka peluang kerjasama strategik dalam bidang kesihatan dan sains pergigian pada 1 April lalu.


Lawatan yang diketuai Pengarah Eksekutif, Wu Yi Hong bersama kira-kira 30 orang delegasi dari China itu menjadi simbol permulaan hubungan erat antara kedua-dua pihak dalam meneroka peluang kolaborasi antarabangsa.

Delegasi lawatan diberi taklimat tentang kemudahan, kepakaran serta potensi kerjasama akademik dan penyelidikan yang ditawarkan oleh USM selain dibawa melawat klinik pergigian, makmal serta fasiliti kepakaran di PPSG USM.

Selain itu, lawatan ini turut memperkukuh hubungan antarabangsa dan meningkatkan reputasi USM sebagai institusi pendidikan tinggi bertaraf global.

Inisiatif ini turut menjadi platform penting dalam memperkenalkan peranan dan keupayaan USM di Pantai Timur, sekali gus mengetengahkan Kampus Kesihatan sebagai hab kecemerlangan dalam bidang kesihatan.


Teks: Dr. Noor Huda Ismail dan Profesor Madya Dr. Raja Azman Raja Awang/ Foto: Unit Fotografi UKAST
- Created on .
- Hits: 269