Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PPSK USM DIDIK KOMUNITI B40 AMALKAN 3R MELALUI PROGRAM ‘FROM WASTE TO WEALTH’

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 29 Oktober 2025 – Sebagai usaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan penduduk tentang kepentingan amalan lestari dan membina keupayaan para peserta untuk memulakan perniagaan dengan menjual barang kitar semula, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil inisiatif menganjurkan program ‘From Waste to Wealth’ di Masjid Adni, Mukim Tanjung Jering, Tanjung Pauh, Bachok pada 11 Oktober lalu.

1000193463

Program yang melibatkan penyertaan lebih 30 wanita dalam kalangan B40 ini bertujuan mendidik mereka mempraktikkan amalan 3R (Reduce, Reuse and Recycle) dalam pengurusan sisa bagi kesihatan sejagat selain menggalakkan komuniti Tanjung Jering menghasilkan pendapatan sampingan dengan menjual produk kitar semula.

1000193465

1000193469

Pelbagai pengisian diisi sepanjang program berlangsung merangkumi aspek kesedaran, pendidikan, latihan praktikal dan juga motivasi ekonomi. Program dimulakan dengan sesi ceramah kesedaran 3R oleh Dr. Faridah Naim, diikuti dengan sesi kuiz 3R, ceramah pemasaran produk serta diakhiri dengan demonstrasi dan praktikal membuat sabun dengan menggunakan minyak masak terpakai.

1000193467

1000193471

Program ini diharap dapat memberi kesedaran kepada komuniti luar bandar tentang kepentingan amalan 3R sekali gus mengurangkan pembuangan minyak masak terpakai.

Sumber Laporan & Foto: Nur Fatin Izyan Mohamad Helmi dan Profesor Madya Dr. Siti Marwanis Anua

  • Created on .
  • Hits: 140