Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PPSP USM TEROKA KERJASAMA AKADEMIK BAHARU BERSAMA UNIVERSITY OF PUTHISASTRA, KEMBOJA

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 4 November 2025 – Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) menerima kunjungan hormat daripada University of Puthisastra (UP), Kemboja sebagai usaha memperkukuh kerjasama akademik antarabangsa pada 2 November lalu.

073187d9 f9e7 4155 821f 8869a1424dc0

Kunjungan tersebut bertujuan memperkukuh jalinan kerjasama dalam bidang pendidikan perubatan, penyelidikan serta mobiliti pelajar di rantau Asia.

Delegasi UP yang diketuai oleh Dekan Fakulti Perubatan, ‘Assistant Professor’ Prom Vireak itu disambut oleh Dekan PPSP USM, Profesor Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin.

7422ee1e aff9 4586 b5fc c328248eb615

Turut diadakan sesi perbincangan mengenai potensi kerjasama antara kedua-dua universiti meliputi penempatan pelajar elektif, pertukaran akademik dan program penyelidikan bersama.

5673483d 26b6 4bc0 b8eb b089bd2ccf10

Kunjungan diakhiri dengan lawatan ke beberapa fasiliti pembelajaran utama termasuk Makmal Kemahiran Klinikal (Skills Lab), Galeri Interaktif Sains Perubatan (SPICES) dan Advanced National Honey Landmark (AnNaHL).

b0432a23 80fc 42e8 9f4e 18342f74a20d

Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan USM dalam memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa bagi memperkasa bidang pendidikan dan penyelidikan perubatan.

e85f8870 e7fb 471c a9f8 5391e134707a

cc851be0 3e66 42f1 b275 0910166b320e

Antara delegasi UP yang turut hadir ialah Timbalan Dekan Hal Ehwal Klinikal, Dr. Thim Pichthida; Penyelia Simulasi dan Rotasi Klinikal, Dr. Hieng Kosalthyda; Pegawai Rotasi Perubatan, Voch Samran dan beberapa pelajar elektif. Turut menyertai delegasi ini daripada USM ialah Timbalan Dekan Akademik, Kerjaya dan Antarabangsa PPSP, Profesor Dr. Irfan Mohamad; Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi PPSP, Profesor Dr. Asrenee Abd Razak; Timbalan Dekan Libatsama Industri-Komuniti dan Pembangunan PPSP, Profesor Dr. Aziah Daud dan Penyelaras Pejabat Antarabangsa Kampus Kesihatan USM, Profesor Madya Dr. Norsuhana Omar.

Sumber Laporan & Foto: Profesor Madya Dr. Norsuhana Omar

  • Created on .
  • Hits: 180