Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PRIHATIN DENGAN KESIHATAN SISTEM REPRODUKTIF DAN MENTAL REMAJA PEREMPUAN, JABATAN O&G DEKATI REMAJA SEKOLAH

25 sept2

USM, KOTA BHARU, KELANTAN, 25 September 2023 – Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) menzahirkan keprihatinan mengenai kesihatan sistem reproduktif dan mental remaja perempuan dengan mengadakan Kempen Kesihatan Remaja pada 14 September lalu.

Melalui suntikan dana Program Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Prihatin Madani, Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Saadong, Bachok menjadi lokasi pilihan dengan mensasarkan pelajar perempuan tingkatan satu (1) hingga tingkatan lima (5).

25 sept 3

Program yang mendapat kerjasama Persatuan Kesihatan Reproduktif Kelantan (ReHAK) dan Unit Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja dari Pusat Kesihatan Daerah Bachok itu bertujuan memberi pengetahuan tentang kesihatan remaja khususnya kesedaran tentang perubahan fizikal badan semasa proses akil baligh termasuk haid dalam kalangan remaja perempuan selain turut menfokuskan masalah kesihatan mental remaja seperti stres, keresahan dan kemurungan.

25sept

25 sept 4

Selain itu, para pelajar juga diberi pendedahan mengenai penjagaan haid, ketidaknormalan haid dan cara mengatasi masalah haid seperti pendarahan berlebihan, kekurangan darah, senggugut dan juga kebersihan haid melalui sesi ceramah daripada pakar.

Turut hadir ialah Pengarah Program Kempen Kesihatan Remaja, Dr. Nik Rafiza Nik Muhamad Afendi.

Sumber Laporan & Foto: Dr. Engku Husna Engku Ismail

  • Created on .
  • Hits: 336