Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PROGRAM CAKNA SIHAT ANJURAN USM, USAHA PUPUK KESEDARAN MASYARAKAT

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 7 Mei 2023 – Dalam usaha memastikan masyarakat cakna terhadap kesihatan diri bagi mencegah penyakit berjangkit, Kumpulan QSET, Program Bioperubatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil inisiatif mengadakan Program Cakna Sihat - Kesedaran Penyakit Berjangkit untuk Kesihatan Sepanjang Hayat di Maahad Al Itqan Li Al Tahfiz Wa Al Dahwah (MITD), Kompleks Pendidikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (KODIM), Kampung Tok Has, Jerteh, Terengganu, kelmarin.

WhatsApp Image 2023 08 23 at 12.38.32 1

WhatsApp Image 2023 08 23 at 12.38.33 1

WhatsApp Image 2023 08 23 at 12.38.33 2

WhatsApp Image 2023 08 23 at 12.38.33

Program yang dihadiri kira-kira 240 orang pelajar, guru dan komuniti sekitar itu bertujuan memberi kesedaran agar semua pihak mengamalkan gaya hidup sihat dan mengelak penyakit berjangkit dalam komuniti melalui ceramah dan tayangan video interaktif.

Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada para peserta memantau tahap kesihatan menerusi pemeriksaan asas kesihatan dan pemeriksaan gigi di samping kempen menderma darah.

WhatsApp Image 2023 08 23 at 12.38.32 2

WhatsApp Image 2023 08 23 at 12.38.32

Program tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin dan Pengarah Projek, Profesor Madya Dr. Mohd Dasuki Sul'ain.

  • Created on .
  • Hits: 225