Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PROGRAM HIJAUKAN HOSPITAL, RINGANKAN PESAKIT: SATU BEG, SERIBU MANFAAT

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 6 Mei 2026 – Bagi mengurangkan jumlah beg terpakai seperti plastik, kain dan kertas yang dibuang ke tapak pelupusan sampah, Jabatan Perubatan Keluarga dengan kerjasama Jabatan Kejururawatan, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) telah menganjurkan program kelestarian bertemakan Hijaukan Hospital, Ringankan Pesakit: Satu Beg, Seribu Manfaat pada 3 Mei lalu.

WhatsApp Image 2026 05 06 at 8.01.24 PM


Inisiatif ini memberi penekanan kepada penggunaan semula beg yang masih elok bagi mengurangkan kebergantungan kepada beg baharu, sekali gus membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar seperti pencemaran tanah dan air di samping memupuk amalan 3R iaitu 'Reduce, Reuse, Recycle' dalam kalangan warga hospital dan orang awam.

WhatsApp Image 2026 05 06 at 8.01.24 PM 1


Melalui program ini, sebanyak 273 beg terpakai berjaya dikumpul hasil sumbangan daripada warga Klinik Warga USM yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Jururawat dan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK). Pengumpulan beg ini telah bermula sejak 15 April lalu atas inisiatif Ketua Jabatan, Jabatan Perubatan Keluarga.

WhatsApp Image 2026 05 06 at 8.01.24 PM 2

WhatsApp Image 2026 05 06 at 8.01.24 PM 4


Majlis penyerahan beg telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan, Jabatan Perubatan Keluarga, Profesor Madya Dr. Imran Ahmad kepada Penyelaras Jawatankuasa Kelestarian HPUSM, Ruqayyah Muhammad.
Beg-beg yang dikumpulkan ini kemudiannya diagihkan kepada para pesakit di beberapa lokasi strategik sekitar hospital termasuk di hadapan Kopitiam Lestari dan Farmasi Pesakit Luar HPUSM bagi memudahkan urusan mereka.

WhatsApp Image 2026 05 06 at 8.01.24 PM 5

WhatsApp Image 2026 05 06 at 8.01.24 PM 3


Selain membantu pesakit yang memerlukan, program ini turut mengeratkan jalinan kerjasama antara jabatan serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga USM dan masyarakat tentang kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar.

Sumber Laporan & Foto: Nik Mohd Irwan Nik Pa

  • Created on .
  • Hits: 28