Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PROGRAM HIJRAH MERDEKA 2022 PENGISIAN JASMANI DAN ROHANI SEIRING

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 17 September 2022 - Program Sambutan Hijrah Merdeka 2022 anjuran Pusat Islam Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) dilihat sebagai platform untuk memupuk gaya hidup sihat dari aspek jasmani dan rohani dalam kalangan warga kampus dan kariah Masjid Mukim Kampus Kesihatan USM selain mengeratkan hubungan silaturrahim dengan setiap lapisan masyarakat. 
 
SAVE 20220917 133800
 
Program sehari yang berlangsung pada hari ini diisi dengan pelbagai aktiviti seperti Larian Hijrah Merdeka, Sukaneka Hijrah Merdeka, Ceramah Hijrah Merdeka, cabutan bertuah Rezeki Subuh, pemeriksaan gigi, pameran dan pemeriksaan kesihatan. 
 
SAVE 20220917 133746
 
Seramai 300 peserta menyertai acara Larian Hijrah Merdeka yang pelepasannya disempurnakan oleh Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman mewakili Pengarah Kampus. 
 
 SAVE 20220917 133739
 
SAVE 20220917 133730
 
Sebahagian warga kampus dan komuniti sekitar yang menyertai program ini menyambut baik penganjurannya dan berharap agar ia diteruskan lagi pada tahun- tahun akan datang.
  • Created on .
  • Hits: 162