Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PROGRAM KEJURURAWATAN PPSK USM TERIMA LAWATAN AKADEMIK UNDIP

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 20 Mei 2026 – Program Kejururawatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM) telah menerima kunjungan rasmi delegasi dari Universitas Diponegoro (UNDIP), Semarang, Indonesia dalam satu lawatan kerjasama akademik antarabangsa yang berlangsung pada 13 Mei lalu.

WhatsApp Image 2026 05 20 at 13.02.25

Delegasi UNDIP yang diwakili oleh Dr. Sri Padma Sari dan Ms. Marsha Yoke Nancy itu disambut oleh Pengerusi Program Kejururawatan PPSK USM, Dr. Intan Idiana Hassan dan pengurusan serta warga akademik Program Kejururawatan, PPSK USM.

WhatsApp Image 2026 05 20 at 13.02.26

Lawatan tersebuat bertujuan mengukuhkan hubungan strategik dan jaringan akademik antara kedua-dua institusi, di samping menggalakkan perkongsian ilmu dan kepakaran profesional serta membina potensi kolaborasi dalam bidang penyelidikan, mobiliti akademik dan pembangunan profesional.

WhatsApp Image 2026 05 20 at 13.02.26 1

Pelbagai aktiviti dilaksanakan sepanjang lawatan ini antaranya sesi perkongsian mengenai pengurusan kejururawatan bencana, perkongsian berkaitan peluang penerbitan ilmiah dalam ‘Nursing Media Journal of Nursing’ serta perbincangan berkait potensi jalinan kerjasama akademik dan penyelidikan bersama.

WhatsApp Image 2026 05 20 at 13.02.26 2

WhatsApp Image 2026 05 20 at 13.02.27

Selain itu, delegasi UNDIP turut dibawa melawat fasiliti pembelajaran PPSK, termasuk sesi taklimat di Makmal Kemahiran Klinikal.

Sumber Laporan & Foto: Nur Adibah Solihin Sulaiman

  • Created on .
  • Hits: 176