Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PROGRAM KKKK USM LONJAK KEMAHIRAN KLINIKAL DAN SOSIAL PELAJAR PERUBATAN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 13 Oktober 2025 – Sebagai inisiatif menjadikan Program Kajian Komuniti dan Kes Keluarga (KKKK) platform yang efektif dalam melatih pelajar untuk menguasai kemahiran klinikal dan sosial di lapangan, Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) telah mengadakan Majlis Penutup dan Penghargaan Program KKKK, PPSP USM bagi pelajar perubatan tahun tiga (3) sesi 2024/2025 di, Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli pada 9 Oktober lalu.

1000187881

Majlis ini diadakan bertujuan memperkukuh hubungan antara institusi akademik dan masyarakat melalui aktiviti penyelidikan komuniti serta memberi penghargaan kepada penyelia dan peserta yang terlibat dalam pelaksanaan program di lapangan.

1000187883

Program KKKK atau ‘Community and Family Case Study’ adalah sebahagian daripada kurikulum utama bagi pelajar perubatan di USM yang dilaksanakan bagi membantu pelajar memahami konteks sebenar di lapangan selain menyediakan peluang untuk para pelajar mengutip pengalaman secara langsung dalam merancang dan melaksanakan intervensi kesihatan awam.

1000187885

Selain itu, ia juga merupakan platform untuk melahirkan doktor yang bukan hanya mahir dalam aspek klinikal tetapi juga sensitif terhadap budaya, sosial dan keperluan masyarakat.

1000187889

1000187887

Hadir penyempurnakan penutupan majlis ini ialah Timbalan Ketua Jajahan Jeli, Mohd Shamsul Baharin Isa. Turut hadir ialah Timbalan Dekan Libatsama Industri, Komuniti dan Pembangunan PPSP USM, Profesor Dr. Aziah Daud dan Penyelaras Program KKKK, Dr. Ahmad Filza Ismail.

Sumber Laporan & Foto: Sekretariat Program KKKK

 

  • Created on .
  • Hits: 214