PROGRAM RAMAH MESRA TASKA D’PRINCE TEKANKAN GAYA HIDUP SIHAT SEJAK USIA MUDA
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 18 Ogos 2025 – Dalam usaha memberi pendedahan berguna dan kesedaran awal kepada kanak-kanak mengenai kepentingan penjagaan gigi, satu program komuniti Ramah Mesra Taska D'Prince diadakan pada 13 Ogos lalu.

Selain menekankan kepentingan penjagaan gigi, program ini turut mendedahkan amalan mencuci tangan dengan teknik yang betul. Ia juga selari dengan usaha membentuk gaya hidup sihat sejak usia muda.

Seramai 21 orang pelajar dan (8) lapan guru Taska D’Prince, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) menyertai program anjuran Kelab Kebajikan Kejururawatan Kubang Kerian (KEKUK) dengan kerjasama Jabatan Kejururawatan, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) ini.

Sepanjang program berlangsung, para peserta terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti interaktif termasuk ceramah kesihatan, demonstrasi penjagaan gigi serta latihan mencuci tangan mengikut kaedah yang disarankan.

Penganjuran ini bukan sahaja memberi manfaat langsung kepada kanak-kanak prasekolah melalui amalan penjagaan diri yang betul, tetapi turut memperkukuh hubungan kerjasama antara institusi pendidikan dan komuniti setempat.
Sumber Laporan dan Foto: Muhammad Ariff Husna Hasnan
- Created on .
- Hits: 251