Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PROGRAM SENYUMAN ABADI: PEMANTAPAN KEMAHIRAN KESIHATAN MULUT WARGA EMAS

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 13 Mei 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) dengan kerjasama Klinik Gigi Dr. Emma Saz telah menganjurkan Program ‘Senyuman Abadi: Pemantapan Pelatih Kesihatan Mulut Warga Emas’ di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kemumin pada 8 Mei lalu.

1000136577

Program ini merupakan fasa keempat di bawah projek libatsama universiti-komuniti yang memberi fokus kepada pemantapan kemahiran 10 wakil komuniti PAWE Kemumin yang telah dilatih sebagai fasilitator dalam pendidikan kesihatan mulut khusus untuk warga emas.

1000136575

Pelbagai aktiviti telah dianjurkan sepanjang program antaranya sesi pemantapan kesihatan pergigian, demonstrasi teknik penjagaan gigi termasuk gigi palsu serta sesi interaktif soal jawab bersama Profesor Madya Dr. Yanti Johari dan Dr. Munirah Mohd Adnan.

1000136579

Para peserta turut diberi pendedahan secara teori dan amali mengenai penjagaan kesihatan mulut serta diperkasa untuk menjadi agen perubahan dalam komuniti masing-masing.

1000136581

Inisiatif ini diharap dapat melestarikan pendidikan kesihatan pergigian dalam kalangan warga emas serta menyemai kesedaran dalam masyarakat umum tentang kepentingan penjagaan mulut yang berterusan.

Sumber Laporan & Foto: Dr. Mohammad Majduddin Sulaiman

  • Created on .
  • Hits: 69