Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PROJEK SULAM USM DIDIK KOMUNITI TENTANG KEPENTINGAN PENJAGAAN GIGI ASLI

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 3 Julai 2025 - Bagi memberi pendedahan kepada komuniti tentang ilmu pergigian terutamanya berkait rawatan akar gigi, Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil pendekatan menganjurkan Projek ‘Service Learning Malaysia – University for Society’ (SULAM) USM: Katakan Tidak Kepada Cabut Gigi - Rawatan Akar Selamatkan Gigi Asli di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan, Kompleks Kota Darulnaim pada 1 Julai lalu.

1000153505

Program ini menyasarkan ahli Puspanita sebagai ejen penyampai maklumat pergigian kepada keluarga dan komuniti sejajar dengan peranan mereka yang aktif dalam majlis bersama masyarakat dan golongan profesional.

1000153507

Selain itu, program ini juga bertujuan mewujudkan hubungan dua hala antara USM dan komuniti untuk menyampaikan ilmu pergigian secara berterusan selain memberi pendedahan kepada pelajar prasiswazah tentang realiti sebenar alam pekerjaan sebagai doktor pergigian.

1000153509

Usaha ini bukan sahaja memberi impak positif kepada komuniti, malah memberikan pendedahan berharga kepada pelajar dalam membina keyakinan dan kemahiran komunikasi sebagai doktor pergigian pada masa depan.

1000153511

1000153515

Projek SULAM ini juga sejajar dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mengintegrasikan pembelajaran akademik dengan khidmat komuniti secara holistik dan berterusan.

1000153513

1000153517

Sumber Laporan dan Foto: Dr. Nurulaqmar Iwani Samsudin

  • Created on .
  • Hits: 91