Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PTOKU USM - MAIK WAJAR DIJADIKAN MODEL CONTOH PUSAT PEMERKASAAN KOMUNITI OKU

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 20 Julai 2025 – Pusat Transformasi Orang Kurang Upaya Universiti Sains Malaysia - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (PTOKU USM- MAIK) disaran menjadi model contoh nasional dalam memperkasa komuniti OKU, khususnya di Pantai Timur.

1000158510

1000158506

Menurut Ketua PTOKU USM-MAIK, Dr. Mohd Zulkifli Abdul Rahim, PTOKU berjaya menyediakan perkhidmatan pemulihan dan intervensi berkualiti tinggi menerusi gabungan tenaga profesional USM termasuk jurupulih dan pensyarah serta dibantu staf kontrak yang komited.

1000158508

1000158503

“Penubuhan Unit Intervensi Awal Autisme untuk kanak-kanak seawal kelahiran sehingga berusia tujuh (7) tahun antara inisiatif utama PTOKU yang merupakan usaha memberi intervensi awal secara menyeluruh dan sistematik,” jelas beliau semasa menyampaikan taklimat kepada delegasi lawatan dari Kementerian Kewangan dan MAIK, hari ini.

1000158500

1000158502

Lawatan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Dato’ Zamzuri Abdul Aziz itu merupakan sebahagian daripada pemantauan projek melalui pembiayaan Wang Ehsan Negeri Kelantan.

1000158496

1000158498

Delegasi turut meninjau kawasan cadangan bagi Projek Pusat Autisme Kelantan di belakang bangunan PTOKU USM - MAIK yang disasarkan menjadi kemudahan khusus untuk intervensi autisme di negeri ini selain menyatakan rasa puas hati terhadap kemajuan dan potensi besar projek berkenaan.

1000158494

1000158512

Antara yang hadir dalam lawatan tersebut ialah Pengarah Pejabat Belanjawan Negara, Dato' Indera Ab Rahim Ab Rahman; Setiausaha Bahagian Dasar Saraan Pengurusan (SBDSP); Raja Muhammad Azhan Shah Raja Muhammad; Pengarah Bahagian Bajet Pembangunan, Kementerian Ekonomi, Mohd Shukri Jusoh dan Timbalan Pengarah Belanjawan Negara (Perkhidmatan Am), Zulkhairil Amar Mohamad.

Teks: Rosalwani Che Soh/ Foto: Unit Fotografi UKAST

  • Created on .
  • Hits: 116