'RETREAT' PERANCANGAN OPERASI 2024 MEDIUM BINCANG DAN TAMBAH BAIK PERKHIDMATAN TERAS PERHUBUNGAN AWAM USM
KUBANG KERIAN, KELANTAN, 24 Februari 2024- Bagi membincangkan dan memperhalusi beberapa isu kepentingan bersama yang disasarkan untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan teras perhubungan awam Universiti Sains Malaysia (USM), 'Retreat' Perancangan Operasi 2024 melibatkan kolaborasi bersama Pejabat Naib Canselor (PNC), Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC) dan Pejabat Pengarah (semua kampus) diadakan buat julung kalinya hari ini.
Program yang berlangsung selama dua (2) hari ini bermula hari ini bertujuan untuk mengenal pasti isu dan permasalahan yang dihadapi setiap kampus berkaitan pengurusan acara, liputan berita, perhubungan media, perhubungan awam, penerbitan video dan multimedia dan lain-lain perkara berkaitan.
Program ini turut memberi peluang kepada semua peserta untuk berkongsi amalan terbaik pengurusan dan pentadbiran proses-proses kerja sepunya antara kampus serta membuat perancangan bersama dalam mengukuhkan penyampaian perkhidmatan setiap kampus selain memberi peluang kepada para peserta untuk saling mengenali antara satu sama lain.
Turut hadir ialah Pengarah MPRC, Dr. Ahmad Zulman Mohd Zain; Timbalan Pendaftar PNC, Latifah Abdul Latif; Timbalan Pendaftar, Pejabat Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Amyrulhan Azhari dan pegawai-pegawai yang mewakili Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan, Kampus Kesihatan dan Institut Perubatan Pergigian Termaju.
Teks: Siti Sri Mas Ismail/ Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman
- Created on .
- Hits: 292